Powered By Blogger

Tuesday, September 21, 2010

Rahasia Wanita

rahsia bibir wanita
Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
sexy tak?? kiki


Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki. 



Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

sekadar hiasan..


           
 Bibir yang tipis
Ha.. Yang atas ni bibir tipis. Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!



Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

sampai kapan?? sampai syurga kot???

memang tak boleh blah tajuk entry aku.. hihi.. 
tapi apa ku kesah kan.. dah entry aku.. kompom-kompom la ku punya suka...

tapi u olls sume mesti geram kan sambil nyanyi..

"namunku punya hati...."
 fuh.. cukup sadis..

sama gak la ngan entry ku kali ni..
sadis..
saja je nak menjiwangkan diri malam-malam..
serabut babe dok memikirkan final project
huh..

***********************************


aku dah nak mula citer ni.. kiki.. citer ni sbenarnya benar.. memang wujud di alam yang fana ini.
100% kepastiannya. kisah pasal lelaki.. bukan durjana okay. 

kisahnya pasal lelaki ni. ego sangat. nama dia.. hurm.. jalil lah senang tapi bukan nama sebenaq tau..
dia ni dah kapel ngan seorang minah ni namanya joyah, juga nama tipu.. dah dekat stahun dah depan ni dk kapel. kira macam loving kapel la kot. tapi yang badnya, jalil ni, ada bad behavior. panas baran dia tu.. okay la.. cuma yang tak tahan tu, ego dia tu tinggi.. kalau boleh capai langit, ku rasa da tertembus ke langit ke-7 mcm nyanyia syarifah zarina.. ala, lagu tema orbit cinta benjamin tu..

ni ha aku amek dr blog sape ntah.. credit to him la..

okay-okay aku bukan nak cerita pasal lagu tu la.. tapi sekadar nak mencerminkan betaba tingginya ego si jalil tu. 

jalil tu cakap dia sayang kat joyah.. tapi susah lah nak predict dia tu lagu mana..
sat-sat mai gila dia.. dok pukui joyah.. sat mai angau dia.. dia belai-belai.. joyah kompius, aku lagi la kompius..

tapi dah nama pun joyah.. dia redha je la.. ala, ibarat drama melayu kat tb.. mana ada bini nak melawan laki kan..
mungkin kurang pendedahan pasal hak berumahtangga.. sebab tu ngo adakan drama 'dilema wanita'

**********************************

sebenarnya.. aku cuma nak tanya, sampai bila lah si joyah ni nak tunggu jalil.. (eh, baru aku perasan, both their name starting from J.. macam Jun Pyo ngan Jan Di)

p/s: ku lupala nama pompuan tu..

aku bagi contoh terdekat la..

1 hari, jalil janji dating ngan joyah..

jalil : "i promie, esok 7.30 pg i gerak jumpe u"
joyah :"okay, esok 6.30 pg i call u,kejutkan u bngun.."

esoknye.. bukan kata 7.30 pg.. smpai 7.30 malam si jantan jalil tu tak replay mesej..

tapi naluri joyah biasa ; jalil de keje kot.. tak pon, tak sihat.. tu je..

then.. 
next episode..

joyah called jalil, banyak kali.. tapi x jawab2.. kalau ikutkan hati aku la.. kompom dah si jalil tu kena piat2 telinga.. harap pakai telepon mihai-mihai, tapi incoming call pun x reti answer..

cian kan.. tapi as prihatin pd joyah, jalil mesej

jalil : "sory busy, i call u back"
joyah: "oppss.. okay.. sory ganggu"

dalam mimpi je ni, jangan cayo

tapi, ntah sampai bila si joyah tu nak tunggu pon x tau lah.. aku bet si jalil tu tak call..

p/s : dh la tu joyah, p tidoq nu.. esok kelas pagi..

Sunday, September 19, 2010

Telekung pun jadi isu ker?

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
Begitukah? 

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
Jadi, wajibkah?
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.
“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7] 
 
Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. 

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. 
 
Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat. 
 


“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” 
 
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?