Powered By Blogger

Thursday, August 12, 2010

Hadapilah hidup dengan ini dengan senyuman

Jadikanlah pondok itu sebuah istana
Hiasilah rumahmu yang dibuat dari tanah liat
Bukan istanamu yang dibaut dari gading



Kalau anda senyum walau ketika sedang bersedih dan berduka, sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang kebahagiaan yang anda cari.
Sekali-kali, jangan berfikir dua kali untuk senyu, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan jangan bermasam muka kerana ia hanya akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti akan membuatkan dirimu menderita. Senyuman yang anda beri tidak akan membahayakan anda, tetapi sebaliknya ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang disekeliling anda dengan bahasa kalbu (Senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.

Ada juga ungkapan yang menyebut bahawa "senyum itu adalah satu kemestian dalam pergaulan". Bergaul bermakna  berkomuniti dengan baik, dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda. Satu daripadanya ialah pandai dan mahu tersenyum.

Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang memberi kebahagiaan. Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai dalam hati orng lain. Sebaliknya, jika anda tampil murung dan berwajah bengis, bermakna anda telah menyiksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kedukaan dan kesedihan kepada sesiapapun..

Kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka yang bersabar

No comments:

Post a Comment