With the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful
Assalamualaikum w.b.t to all reader.
Apa khabar semua dihari ahad yang hening ini?
Sengaja hari ni cik yayah nak selitkan entry tentang makan. Cik Yayah sure semua oranng suka makan. Tak kira sikit ke, banyak ke, yang penting semua suka kan???
Orang Malaysia ni kalau bab makan, memang handal. Tak kira lelaki atau perempuan, semua pro bab masakan. Paling tidak pun, dah lulus masak air kan????
Tapi , berapa ramaii yang mengamalkan kehidupan yang sihat yakni mengamalkan amalan-amalan sihat selepas makan???
Jadi, sekarang ni, dengan ilmu yang tak seberapa di dada ni, Cik Yayah nak kongsikan dengan para pembaca tentang 7 Amalan Berbahaya Selepas Makan yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.
1) JANGAN MEROKOK
Kajian dari pakar membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan adalah menyamai dengan menghisap 10 batang rokok, dimana peratusan diserang kenser adalah tinggi.
2) JANGAN MAKAN BUAH
Makan buah sejurus selepas hidangan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara (bloated with air). Jadi, makanlah buah-buahan 1-2 jam selepas hidangan atau 1 jam sebelum mengambil hidangan.
3) JANGAN MINUM TEH
Daun teh mengandungi asid yang tinggi yang akan menyebabkan protien yang terkandung dalam hidangan yang diambil menjadi keras dansukar untuk dicernakan oleh sistem pencernaan.
4) JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
Perbuatan melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan usus mudah bersimpul dan akan tersekat.
5) JANGAN MANDI
Mandi selepas makan akan menyebakan meningkatkan pengaliran darah ke tangan, kaki, dan badan sehingga menyebabkan pengaliran darah di bahagian perut berkurangan. Hal ini akan menyebabkan sistem pencernaan di perut menjadi lemah.
6) JANGAN TERUS BERJALAN
Orang selalu berkata bahawa berjalan 100 langkah selepas makan boleh menyebabkan kita hidup hingga ke 99 tahun. Tetapi didalam fakta sebenar, ini adalah tidak betul.Berjalan sejurus selepas makan menyebabkan sistem pencernaan kita tidak dapat menyerap semua nutrisi yang terkandung dalam hidangan yang diambil.
7) JANGAN TERUS TIDUR
Makanan yang diambil tidak akan dihadam dengan baik. Ini akan memudahkan serangan gastrik dan serangan didalam usus.

No comments:
Post a Comment