Powered By Blogger

Sunday, April 17, 2011

Disaat suamiku ingin berkahwin lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca.
Apa khabar anda malam ni? Sebelum cik yayah nak lelap mata, saja la cik yayah
bermuhasabah diri. Tak semenanya, teringat dekat kawan karib ni.
Rindu sangat kat beliau, dia pun tak sempat nak jumpa cik yayah. Cik yayah lagi la tak sempat nak jumpa dia.
Dia sibuk uruskan rumah tangga. Dengan dua orang anak kembar Muhammad Zayanni Aiman dan Muhammad Zukhruf Aiman. Meanwhile cik yayah pula sibuk dengan dunia korporat yang tak berapa nak menjadi sangat ni.

Baru-baru ni, beliau ada call cik yayah, minta dengar luahan perasaan. Intipati perbualan kami yang menjadi rahsia, tapi antara selingannya ialah "Ara, husband aku nak kahwin lagi"...Goshhh!!! Slumber badak je beliau cakap. Tak marah langsung. Tapi okay lah, cik yayah tak nafikan, memang kami menyokong padu poligami. Tetapi apakah sebab utama husband beliau itu nak menambah cawangan baru?

Cik yayah kemudiannya cuba menghubungi husband beliau yang juga merupakan rakan seperjuangan.
Setelah menemubual beliau dalam 7 ke 8 soalan, akhirnya terpacul juga soalan pokok yang ingin diajukan. Dan jawapan yang diberikan ;

"Ara, sejujur-sujurnya, lelaki itu berkahwin adalah kerana dasar rasa cinta. Adalah tidak patut bagi seorang lelaki mengahwini seorang perempuan atas dasar kasihan, ingin membantu meringankan beban, atau apa sahaja alasan lain, melainkan ianya juga adalah diatas keizinan jodoh oleh Dia."

Itu lah jawapan yang paling jujur pernah cik yayah dengar dari seorang lelaki. Bukan sebab rakan cik yayah yang serba kekurangan, tapi atas cintanya kepada perempuan itu, membuatkan beliau ingin berkahwin lagi.

Hurm.. Diharapkan andai suatu masa nanti cik yayah pun menghadapi situasi yang sama, cik yayah mampu tabah dan redha dengan ketentuanNya. Memang manis bermadu andai kemudinya adil dan saksama.

Ntahla.. Dah ketandusan idea. Esok cik yayah dah start berkuliah. Anda esok ada yang bertanya "Cik, dah nak mula kelas ke? Kenapa tak sambung je breafing macam minggu lepas? Saya suka la time cik breafing hari tu"... Ada yang makan kerusi la jawabnya.. Heeh

No comments:

Post a Comment