Powered By Blogger

Saturday, April 16, 2011

Bermula revolusi baru

Assalamualaikum dn salam sejahtera.

Dah lama rasanya cik yayah tak menjenguk blog ni. Dah bersawang rupanya. Maklumlah, cik yayah mempunyai tanggungjawab yang lain. Tuntutan duniawi yang membuatkan cik yayah terpaksa menukarkan status dari Pelajar sepenuh masa kepada wanita bekerjaya. Pergh, ayat tak mau koman..

Baru beberapa bulan menjadi wanita yang bekerjaya, mempunyai kedudukan kewangan yang sedikit kukuh, menyebabkan cik yayah jadi tidak bermasyarakat. Maklum lah, kerja 12 jam. Walaupun technician kat tempat kerja ramainya lelaki an tidak membenarkan cik yayah yang sopan lagi santun ni buat kerja yang berat, tetapi, bila terpaksa berjaga 12 jam, tetap meletihkan. 

Tetapi sekarang, cik yayah bertukar profesion lagi. Dari dalam pembuatan perindustrian, kini cik yayah menjadi seorang penghuni pejabat kerajaan, yang memang membosankan. Tetapi disebabkan terlalu memikirkan natijah-natijah yang bakal dihadapi, maka, sektor kerajaan juga yang dipilih. 

seperti yang diketahui, pekerja gomen (macam org2 tua selalu sebut) lebih dikenali dengan "do less, talk more" atau kalau ditafsirkn dalam bahasa mudah cik yayah, buat kerja kurang sebab banyak bercakap.

Freaking speak, cik yayah tak suka budaya macam ni. Sehinggakan satu pagi, selepas meeting, director cik yayah panggil untuk berbual. Antara perbualan kami macam ni la yang cik yayah ingat ;

Tuan Director : Cik Siti, kamek peqhati yang kitak ni sik gaul sama yang lain. Kenak? 
Cik Yayah : Sik ada apa-apa Tuan Haji, kamek okay jak. Kamek ada banyak kerja tu, sebab tu kamek sik mau   kelakar sama kitak orang. (dengan nada yang bersungguh-sungguh, kononnya macam pekerja berdedikasi)
Tuan Director : Since you are the youngest here, what do you think about our worker? Saya pun masih baru disitu.
Cik Yayah : Err... (dengan perasaaan berbaur nak cite @ tak ni) For me, kat situ sangat bosan. Tak macam tempat kerja lama saya dulu. Sik punya masa mau madah sama orang. kamek kat sinu, lebih hargai masa. Tak macam kat sini, kejap-kejap kelakar, kejap-kejap break. Kalau sik layan nya madah, kitak madah kamek sombong.
Tuan Director : Cik Siti, you better enter political field la, pandai sangat cakap.
Cik Yayah : Erk......

No comments:

Post a Comment